Menjalin
hubungan cinta jarak jauh bukan sesuatu yang luar biasa di kalangan pasangan
muda hari ini.
Bagaimanapun
hubungan jarak jauh sebenarnya menuntut pengorbanan dan kesetiaan yang lebih
tinggi .
Sabar
dan sukar mungkin ungkapan paling sesuai untuk digambarkan bagi hubungan
seperti ini, namun adalah tidak mustahil hubungan ini dapat
bertahan dan kekal lama.
Memang
bukan sesuatu yang mudah untuk berjauhan yang tersayang. Apabila teringatkan si
dia pasti timbul rasa curiga, prasangka dan berbagai persoalan lain yang
muncul.
Sebenarnya,
kepercayaan adalah satu perkara penting untuk hubungan ini.
Bina sifat percaya antara kedua-dua belah pihak kerana ia penting untuk
mengelakkan diri daripada sentiasa berfikiran negatif antara satu sama lain.
Dalam
situasi sedemikian, tanamkan pemikiran positif antara satu sama lain dan
sentiasa berfikiran positif kunci, ia merupakan kepada kebahagiaan kita dan
pasangan.
Jangan
mudah percaya sesuatu dari mulut kawan anda selagi belum lihat dengan mata dan
dengar dengan telinga sendiri. Usah jadikan itu perkara yang terlalu penting
sehingga mengatasi perkara-perkara dalam hidup kita sehingga mengganggu
keharmonian hubungan itu sendiri.
Tidak
guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan
prasangka dan tak percaya hanya akan merosakkan perhubungan.
Daripada
merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya
khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan
kekalkan positif agar anda tidak bosan walaupun berjauhan.
Apabila
berjauhan, jangan murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat dibuai
rindu yang amat sangat.
Dia
berada jauh dari sisi, tentu sekali perasaan rindu begitu kuat sekali. Ketika
berjauhan daripada pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan
melakukan aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria seperti menonton wayang
dengan teman-teman, membaca buku kegemaran ketika sunyi.
Menghargai
kebebasan ketika berjauhan akan membentuk diri anda untuk menjadi seorang
individu yang matang dan dalam pada masa yang sama membina komitmen anda
terhadap perhubungan
Secara
ringkasnya, bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tetapi kurang
memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering menjadi faktor
penyebab.
Tidak
ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan jika masing-masing komited
dengan pasangan masing-masing dan berusaha untuk memastikan perhubungan yang
sihat dan berkekalan.
Dalam
situasi sedemikian jangan mudah tergoda sebaliknya belajarlah untuk setia
kepada pasangan. Setiap kali anda rasa tergoda dengan orang lain, cuba elak
daripada terus mesra. Katakan awal-awal pada si dia, anda telah berpunya.
Sentiasa
ingatkan diri sendiri bahawa anda masih cintakan dia. Ingat, manusia tak akan
pernah puas dengan apa yang manusia ada. Jadi
tanamkan rasa syukur itu dalam diri. Elakkan keluar berdua dengan jantina
berbeza.
Dengan
pemikiran ini, anda akan dapat mengharungi cabaran jika dalam tempoh bercinta
jarak jauh,
Malah
dalam masa yang sama, cuba kreatifkan pemikiran anda, siapa kata hubungan jarak
jauh tidak boleh bermesra dan romantik?
Di
sinilah pemikiran kreatif anda memainkan peranannya. Dengan kemudahan teknologi
semuanya di hujung jari, malah jika kena caranya, hubungan anda akan menjadi
hangat dan romantik lebih dari hubungan biasa yang membosankan.
Untuk
suami isteri yang berjauhan, jangan malu bercerita tentang seks atau berkongsi
fantasi ketika berjauhan. Dengan berkongsi fantasi dan keinginan, pasangan
suami isteri akan dihujani chemistry yang
mengujakan!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar